Assalamualaikum..
Lamanya tak
menulis kan.. bukan aku saja tak mau tulis. Cuma hati aku takde untuk tulis
apa-apa.
Alhamdulillah..
tak sangka dalam rumah aku.. walaupun tak mewah macam rumah orang lain.. ada
banyak mutiara ilmu yang aku tak sedar.. dalam mata aku melilau-lilau kekiri
kanan.. terhenti pada satu buku.. “Rabiatul Adawiyah.. Perindu Cinta Abadi”. Aku
terkejut sebenarnya.. tak sangka buku ni ada dalam rumah ni.. kenapa baru
semalam aku perasan? Memang dah lama aku cari buku ni.. rupanya ada di rumah
sendiri.
Tak tahu
kenapa tapi hati bagai dipanggil-panggil untuk membaca sampai habis.
Memang..
banyak sangat mutiara hikmah dalamnya..
Dan sekarang..
aku sedar satu perkara.. memang aku sedih hilangnya orang yang aku nanti..
lepastu aku fikir semula..
Kenapa aku
sedih? Adakah aku tak redha dengan ujian Tuhan?
Dan.. aku
malu sendiri.. rasa malu lepas baca kisah srikandi Islam.. wali Allah yang
ini.. tak pernah mengeluh walau macam2 ujian dugaan datang bertimpa-timpa. Ini kan
pulak aku manusia biasa yang kalau dibandingkan ujian Allah pada aku dengan
dia.. nisbahnya cuma 1:100000 sahaja(tak sampai pun barangkali). Mungkin lebih
kecil dari tu aku rasa.. tapi.. kenapa aku yang berkeluh kesah? Menangis2 pada
Tuhan yang memiliki segalanya hanya kerana makhluk ciptaanNya yang tak miliki
apa-apa pun?
“apakah kau
tidak redha dengan ujian yang Allah bagi?”
Rasa nak
menangis.. tapi bukan sebab sedih. Sebab rasa malu..
“kalau kita
redha dengan sakit yang Allah bagi.. sakit itu sendiri akan reda”
Jam 0607H..
aku dikejutkan dengan satu mesej.. lama aku tenung fone aku. betul ke apa yang aku nampak ni? nama tu? kenapa nama tu? aku mimpi ke?? baru aku sedar.. taklah.. aku tak mimpi.. mesej tu dihantar pada pukul 0458H
sebenarnya.. memang aku ada bangun pukul 3 pagi.. dan pukul 4 lebih tu memang
aku ada perasan mesej masuk. Cuma hati aku tak terasa tergesa-gesa nak buka..
dan entah kenapa rasa takut. Macam ada sesuatu pada mesej yg masuk tu.
Sebelum solat
subuh sementara tunggu turn nak masuk toilet.. aku pun buka mesej tu..
“askum..
hai apa khabar?”
Terhenti sekejap
rasa denyut nadi ni.. rasa nya boleh agak kan sapa pengirim mesej tu? paling
buat aku sebak.. gambar yang dia guna... profil picture die.. dia dengan bakal tunang dia.. rasa sedih datang balik.. dalam hati..
perlukah aku reply? Apa lagi die mahu? Kenapa tiba-tiba muncul? Dia ada masalah
ke? Apa perlu aku buat? Kalau aku tak reply.. aku rasa aku pentingkan diri..
macam mana kalau dia betul2 perlukan kawan masa tu? tak sampai hati pula nak ignore je.. Tapi.. kalau aku reply.. tu
bererti aku sengaja biarkan hati aku sedih lagi..
Dalam aku
berteka-teki tu.. aku teringat balik..
“kenapa aku
mesti rasa sedih dengan ujian ni? Kalau dia tiba-tiba muncul.. tu maksudnya..
dia muncul dengan kehendak Allah. Mungkin Allah nak uji aku lagi. Sama ada aku
redha ataupun tidak.”
Cepat-cepat
aku capai fone.. aku reply “waalaikumsalam”
Dan..
sampai sekarang.. still no reply dari dia.. mungkin dia tggu 2 jam aku tak
reply.. yalah.. aku kan tdo masa tu.. sekarang rutin aku dah normal.. aku tak
berjaga malam lagi.. mungkin dia ingat aku masih setia berjaga sampai 2 3 pagi
lagi..
Atau..
mungkin salam khabar yang dihulur sekadar buat syarat je? Kebetulan dia terasa
nak hantar mesej je..
Apa pun
alasannya.. aku tak kesah.. niat aku cuma nak membantu andai die ada masalah. tu je..
Kalau aku
cakap aku tak sedih langsung.. itu maksudnya aku tipu dan berlagak seolah aku
perempuan yang kuat dan hebat.
Memang aku
sedih.. dan aku sempat terfikir..
“kenapa kau
muncul tiba-tiba? Kenapa Allah munculkan kau lagi? Bukankah aku dah minta
supaya kau hilang terus dari ingatan aku.. nama.. muka.. semua aku tak mau
ingat.. tapi kenapa Allah munculkan kau lagi? Kenapa?”
Astaghfirullahal’adzim…..
Lancangnya hati
berbicara..
Allah lebih
tahu apa yang Dia lakukan.. siapalah aku untuk mempersoal itu ini? Tak malu ke
aku? Aku diberi peluang hidup pun dah cukup ke aku bersyukur?
semoga Allah ampunkan aku.. dan.. sudilah kiranya terima aku..
Jadikan aku
hamba yang tahu erti syukur -amin
No comments:
Post a Comment