Friday, July 19, 2013

abah

Assalamualaikum.. 

Hye..
Pernah dengar tak lagu ni? Sentuhanmu dari kumpulan In-team.

“Oh ayah
Tak pernah ku tanya di mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah
Tak pernah ku hitung berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hati ku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terdorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera ” 


Abah balik kerja pukul 1.30am tadi.. tiba-tiba Nampak kat tangan abah ada beg plastik. Dah pagi-pagi buta ni abah singgah mana? Rupanya abah beli yong tau foo kat depan taman perumahan ni. Pastu abah pesan tolong kejut dia pukul 3.30am. dia nak gi kerja kul 4 pagi. Aku pun okay jek lah. Tapi hairan juga sebab mlm tu abah kata abah tak balik sampai pagi. Mungkin abah malas nak stay kat tempat kerja kut. Yalah rehat kat rumah lagi selesa. Walaupun 2 jam je. That's my dad :) 


my dad.. Encik Dahalan Bin Ahmad. :) 
So dalam pukul 3.30 tu aku kejut la abah. Aku kira-kira.. hurm.. nak masak nasi goreng dan goreng pisang untuk sahur ni. Tapi.. mcm tak sempat jek kalau nak bagi abah makan. Lastly Cuma sempat buatkan kopi ‘o’ je untuk abah dan yong tau foo yang abah beli tu. Memang simpan untuk makan sahur pun. Nasib baik lauk semalam ada lagi. So bagi la abah makan nasi sikit. Yalah.. kerja kan.. at least sesuap nasi tu perlu. Untuk tenaga. Mak selalu pesan macam tu. 

supervisor technician @Airod TUDM Subang 

Tadi masa salam abah waktu abah nak kua rumah tiba-tiba aku rasa sayu sikit. Rasa kesian kat abah. Pagi-pagi buta dah kena keluar pergi kerja. Semalam pun abah balik tidur pakai baju kerja je. Letih sangat agaknya. Kelmarin abah kena outstation ke kuantan. Pastu balik rumah dapat rehat sekejap je. 


ayah aku memang suka bergambar :) no wonderlah bakat tu turun kat anak nya. hehehehe :P 

Bila aku tengok situasi macam ni.. buat aku rasa tak sabar-sabar nak tempuh alam pekerjaan. Ye! Memang aku tak sabar nak ada income sendiri.. nak pegang duit sendiri.. supaya.. boleh aku pulak yang sara mak dan abah. Tak payahlah abah kerja sampai lewat-lewat malam lagi.. aku tak pelah. Aku orang muda. Tenaga banyak lagi. Dan.. sekarang aku sedar yang.. aku tak salah pilih bidang aku sekarang. Memang aku nak kerja macam abah. Macam mana aku tengok betapa letihnya abah cari duit.. aku nak rasa semua tu. Supaya aku tak lupa jasa orang tua aku. 


@hotel UiTM during my graduation day ^_^!! 

Semoga Allah permudahkan segalanya.. aku harap sangat aku dapat berbakti kat mak dan abah dan adik beradik aku sebelum aku atau salah sorang dari diorang Allah ambil semula. Amin.
Well.. 

Raya tahun ni sama juga macam tahun lepas.. raya pertama abah kena kerja.. memang raya pertama aidilfitiri dan aidiladha adalah hari yang paling sedih untuk kitorang. Sebab.. abah kena kerja. So lepas solat sunat hari raya normally kitorang akan bergambar sesame sendiri. Menggayakan baju raya masing-masing. Itu je cara nak hiburkan hati sendiri. Kawan2 pun semua sibuk kat kampong. 1 syawal kan..
Tapi.. kitorang tak kisah pun tak dapat beraya 1 syawal. Duk umah je.. kitorang sendiri pun tak da feel nak kemana-mana. Tak seronok kalau beraya tanpa abah. So.. normally.. raya kedua dan ketiga baru kitorang balik kampung. Tu yang salu tak clash dengan sedara mara. Jarang dapat jumpa diorang sume. Takpelah. Asalkan dapat raya bersama-sama keluarga. Cuma.. airmata 1 syawal tu tetap tak boleh buang la. Hehehehhe.. hurm kesian sebenarnya. Yalah. Orang lain semua seronok2 bergembira. Tapi abah terpaksa lupakan sume tu sekejap. Kita yang tengok rasa tak sampai hati.. apatah lagi abah. Dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu. 


ada gaya mcm pegawai tak?? haa.... ayah aku ni bekas airforce tau. tamat perkhidmatan dengan pangkat PWU1(pegawai warren udara 1). jangan men2.. proud with him!!
Aku harap.. biarlah cepat masa berlalu. Semoga cita-cita aku untuk jadi powerplant engineer kat Airod tercapai. Aku kena belajar rajin-rajin. Abah memang tak belajar sampai university yang hebat2 tapi.. abah boleh sampai ke luar Negara. Belajar kat luar Negara walaupun hanya berbekalkan SPM je masa tu. Malu lah aku pada abah kalau aku diberi peluang belajar sampai ijazah tapi tak membanggakan mak dan abah. Semua abah dah sediakan. Duit makan pakai. Tak cukup duit abah bagi. Tak pernah lagi abah tak bagi walaupun time tu mungkin abah pun belum gaji dan aku ni adik beradik ramai. Bukan aku sorang je tanggungan abah. Sebab tu.. kalau aku dapat keputusan exam teruk.. aku malu. Dan rasa bersalah sebenarnya. Malu kan? Kita ni ada pelbagai kemudahan tapi malas!! 

Aku Cuma tahu minta dan minta je.. tapi tak pernah aku tanya macam mana abah berusaha nak tunaikan permintaan anak-anak dia?? I feel bad. Really3 bad actually!!!!  

Ya Allah.. jadikanlah aku seorang hamba yang taat padaMu dan taat juga pada kedua orang tua hamba. Jadikan aku anak yang tahu mengenang jasa ibu dan bapa. Tahu hormatkan ibu dan bapa. Tahu betapa susahnya nak membesarkan dan bagi didikan yang sempurna kat kami adik beradik. Supaya kelak.. aku mohon.. andai usia aku panjang.. semoga anak2 aku pun akan lakukan hal yang sama pada ibu bapa mereka. Amin.  


Inn shaa Allah.. dengan izin Allah semoga Allah permudahkan urusan pembelajaran aku di JB dan di mana-mana jek lah. Amin  

last.. but not least.. here.. souvenir from me!! introduce to you.. my mom and dad :) 


this is my mom & dad. both of them already 55 years old. but muka tak nampak macam 55 kan?? haa.. tengok lah anak2nya pun sume awet2 muda gittuuuu.. kih3.. 

Thursday, July 18, 2013

frenszzaahh!!

assalamualaikum..

hye..

entry kali ni nak cite pasal kawan2 baru..

kawan pertama yang aku kenal masa mula-mula jejakkan kaki di UTM.. ni haa orangnya..

Tan Wei Kiat :)
haa.. nama dia Tan Wei Kiat. tapi aku panggil dia Tan jek.. kami sama-sama blurr masa baru masuk dan berjumpa dalam pejabat FKM. masa tu tengah nak uruskan daftar fakulti. Tan ni baik orangnya. pandai lak tuh. dia tak lokek ilmu. aku kalau belajar dengan orang lain lambat sket nak 'catchup' tapi kalau dengan Tan ni cepat jek aku tangkap sebab aku suka style die mengajar. dia 'mengajar' bukan 'mengarah' or 'bercerita'. ada beza tau tiga3 tu. aku seronok berkawan dengan tan sebab dia ni jenis yang tak banyak cakap merapu.  lebih kurang macam 'innocent' person gak lah. tapi.. kalau nak yang betul2 'innocent'.. ni haa orangnya.. hehe.. ^_^

Beh Chui Fen :)


namanya Beh Chui Fen tapi aku panggil Chui Fen or Fen je. Fen ni pun macam Tan juga orangnya. dia ni  pure orangnya. upss bukan pure but very3 pure. sangat 'innocent' + sangat jujur. aku jumpa dan kenal dengan dia hari ke-2 di UTM. orang fakulti call nak panggil untuk susun jadual. kebetulan dalam bilik tu dia ada skali. kami 2 orang je perempuan untuk 2nd intake ni(kalau tak silap la). so time tu lah kami berkawan. sampai sekarang. aku suka Fen ni sebab die seorang yang jujur. sangat baik. tak tau kenapa tapi aku rasa selesa sangat berkawan dengan dia even we're from different race. but still.. okay. dia pun macam Tan. jenis yang tak lokek ilmu. Fen & Tan yang banyak tolong aku. yalah aku bukan pandai pun. selalu la kena minta tunjuk ajar. dan.. disebabkan attitude dan character Fen yang pure & innocent ni.. bila ada orang ejek or bahan dia dalam kelas ke even melawak yang memalukan dia ke.. aku rasa sakit hati sangat. kurang ajar sapa yang buat mcm tu. tapi.. pernah la skali.. skali je tau.. aku terketawa la juga bila Che Abbas(lecturer vibration kitorang) buat lawak. dia suka kacau Fen. aku memang tak tahan kalau keadaan mcm tu. aku slu duduk sebelah Fen. so setiap kali Che Abbas bahan dia aku tengok muka Fen mesti merah. bila dia shy2 muka dia jadi merah. hahahaha. comel. tapi.. aku ketawa pun aku bagi tau dia. sebab aku tak tahan tengok muka Che Abbas yang takde rasa bersalah tu. hehe..
sebelum kelas vibration.. sempat lagi singgah g tengok festival. hehe.. :D 

sebelum testII vibration :) 

:) baru aku sedar sume pic dengan Fen mesti relate dengan klas vibration..  :)  sebab tak banyak klass yang kami sama. next sem i'll be the real lone ranger sebab dah mmg takde langsung klas dengan Fen :'(

okay.. next.. kela ^_^ 


at.. Balai Cerapan UTM


haa.. ni lah kila. nama betul Nurul Shakela Naim. kila ni kawan dari sekolah teknik dulu.. kami sama klas masa form5. cuma.. dulu kila ni ambil civil.. tapi sekarang dah tukar ambil elektrik :) ni pun budak star gak nih!! well.. member2 aku sume bijak2 pandai.. aku je yang slu tertinggal jauh kat belakang.. :'( huhu.. nak dijadikan cerita.. rupanya kila ni sama kolej kediaman dengan aku. blok yang sama lak tuh. bezanya.. aku duduk ground floor. kila duk tingkat 3. so lepas dah berjumpa balik tu.. beselah.. sejujurnya.. kitorang tak la rapat sangat masa kat teknik. kenal2 gitu je tapi ada la jugak beberapa kali aku tumpang dorm classmate aku yang kebetulan kawan dengan kila skali.. dan.. penah la skali aku sponsor tempat tinggal(kat rumah aku jek pun) masa dorang ramai2 'fly' dari asrama dulu. hehehehehe.. hampeh tul aku ni. nama je pengawas tapi 2x5. tapi skali jek.. hehe.. so.. bila dah sorang2 kat bumi Johor ni.. bila berjumpa balik.. jadi mcm.. 'wow.. keciknya dunia'.. dan.. sampai sekarang.. kila ni antara kawan yang rapat dengan aku.. lega juga jumpa kila. at least dia dah senior kat ctu.. so boleh la tunjuk2 sket selok belok utm ni + kila yang banyak tolong aku ke sana ke sini. dan motor dia pun banyak berjasa. inn shaa Allah kalau umur aku panjang.. aku akan balas jasa baik kawan2 aku.. amin.. dan.. dengan kila jek lah aku berjalan. aku ni susah dah nk 'trust' kat orang.. so kalau aku rapat dengan sorang tu.. memang aku dengan dia je. klu nak keluar dengan orang len boleh.. tapi.. take time sketlah.. sebab aku mcm fobia sket.

ha.. ni kawan kila a.k.a scandalisis. hehehheehe.. jgn mare haa....


yang lelaki tu kawan kila. namanya Asri. sejak aku rapat dengan kila.. memang kawan2 baru yang aku kenal kat UTM tu pun adalah kawan kila.. sebab aku slu keluar dengan kila kan.. so kadang2 ada kawan2 dia skali. so dari situ lah aku kenal dorang.. ada la lagi 2 3 orang.. wan, mai, syafiq, faris. tapi yang penah hang out skali 4 orang jek termasuk asri(wan, mai, faris, asri). dan.. ada la beberapa orang lagi kawan2 perempuan kila yang aku kenal. tapi kenal2 gitu jek lah sebab penah tembung beberapa kali kat kolej. keluar sama tak pernah lagi la. so.. sebab tu aku agak awkward sket aritu bila tiba2 kena teman kila g makan dengan kawan2 dia. syafiq tu aku kenal masa kila ajar aku men basket waktu malam. skali jek pun. pastu tak jumpa dah. tapi.. paling banyak hang out sama2 Asri lah. sebab tu klu kila ajak aku keluar dan ada Asri skali.. aku dah rasa selese sket. lambat jugak aku nak sesuaikan diri sebenarnya. yalah. aku kan jarang hang out dengan member laki. ini kan pula member kepada member aku. tapi sekarang okay la.

hurm.. tu lah beberapa orang kawan yang aku kenal masa mula2 masuk utm sampai sekarang.. aku ni tak pernah berkawan dengan Chinese sebenarnya.. dan.. alhamdulillah aku syukur sangat2 pada Allah sebab ini pertama kali aku diberi kawan Chinese dan alhamdulillah dorang berdua sangat baik.

bukanlah aku takde langsung kawan kat fakulti aku sendiri.. ada.. cuma.. yeah.. kawan sekelas. klu jumpa just angkat tangan say 'hi'. tapi.. kawan yang boleh duduk sebelah aku.. blaja sama2.. hurm.. ni jek lah. yang lain-lain tu.. kadang2 aku tak rasa pun mcm aku ni kawan dorang.. yalah.. mereka2 tu masuk sama2 dengan geng yg len. dari sem1 dah sama klas. so hubungan sesama dorang tu memang dah rapat sangat dah. untuk outsider/stranger mcm aku ni.. kdg2 aku rasa.. orang tak nak terima pun.. even yang sama course ngn aku pun.. so how?? bila ada kepentingan.. akan ada lah yang mencari. thats nature of life. lumrah alam. dan aku.. its okay.. asalkan aku boleh survive.. sorang pun aku tak kesah.. :) Allah kan ada.... :) ada juga a few ex-classmate aku yang sudi nak berkawan, tegur2 kat fb.. dan.. aku rasa terharu la juga. ada juga yang sudi nak kawan ngn aku. tapi sayangnya.. bukan coursemate aku. sebab tu.. buat masa ni.. aku salute kat student auto dan manufact. dorang low profile dan tak treat aku mcm aku ni stranger yang 'eewww' sangat. thanks guys. course lain.. pure.. so far aku belum berpeluang sama klas ngn dorang lagi. so tak tau dorang jenis mcm mana. industri dan aero?? nak fikir jap.. (masih dalam proses memerhati).. hehe.. aku ni suke memerhati sebenarnya. padahal diri sendiri pun senget lagi haa..

aku bukan membanding2.. cuma.. dalam pergaulan.. aku lebih pentingkan how they treat the stranger(lebih tua/lebih muda/or sebaya). sebab tu aku suka jadi 'lone ranger'. walaupun a bit lonely tapi.. lebih mudah untuk aku nampak true color of people. 1st impression sangat penting. bagi aku la.. org len aku tak taw lah. aku berpegang pada prinsip 'adab sopan'. aku pun tak sempurna. tak lah beradab sangat. ni peringatan untuk aku sendiri juga.. :)

tapi aku tau.. klu aku suka memerhati orang.. sikap orang.. pasti akan ada juga yang nampak keburukan aku. bad side aku. ada je yg cakap aku ni annoying. kerek. poyo. bajet. sombong. dan mcm2 lagilah yang mungkin aku tak penah dengar lagi.. well.. as i told before.. aku pun tak perfect. but.. i'm fine with that. inn shaa Allah aku akan cuba ubah diri aku ye.. semoga aku boleh jadi lebih peramah dan friendly. hehehe.. boleh ke? let we see..

tak cukup friendly ke ni?? hahahhahahha....


bye3.. daa...... wassalam :)



Saturday, July 13, 2013

explanation please??

assalamualaykum..

hye..

since i make new fb account so.. i re-add lah sapa2 member yang kenal.. and just now i added someone. my ex-coursemate in Penang. he approved then send private message.

at first okay lah.. tanya kenapa sy add balik? then saya pun cakaplah sbb saya buat acc baru so sy add lah semula. tibe2 die kata.. "oh.. ingatkan sbb nk suruh sy tolong spy kan _ _ _ _ _ _ untuk awk" 

sy pun pelik lah. sy tanya kenapa dengan dia(budak tu)? then dia reply..

"dia memang hensem. tapi girlfriend dia pun baik sangat2. jadi awak jgnlah kacau dia" 

me?


what?? tu je yang mampu aku reply. "cakap ape ni?" then dia tak reply dah. terus log out.

sumpah aku blurr gila. tiba2 sound aku mcm tu? kau bajet mcm hero ke nk psyco orang mcm tu then blaa biarkan orang tu terpinga2 dgn 1001 question dalam kepala otak? sangat annoying okay.. got it?

memang aku mengaku budak yang si mamat(yg sound aku ni) maksudkan tu baik. serious dia memang budak yang baik(sepanjang aku kenal lah). tapi.. tak pernah pulak aku ada niat nak menggatal or whatsoeverlah dengan dak tu. dan.. aku tak pernah pun nk terhegeh muncul or bercakap2 dengan dak ni sepanjang aku kat Penang dulu. even sekarang pun.. sorry to say.. budak tu yang rajin send mesej kat fb or whatsapp or wechat tanya kabar. dan aku? mcm biasalah. sapa2 yang dah penah chat ngn aku tau jelah. aku reply  mesej lelaki ni(selain yg public kt fb) ikut musim. klu rasa ada mood aku reply. klu tak mmg sepi je la fone tu. bukan jual mahal or bajet cun sangat mcm ramai sangat orang nak text. cuma.. itu diri aku. sukati la nak reply ke tak. bukan kacau orang len pun. hurm.. that's all.. oh ya. ada skali je aku hantar mesej kat whatsapp baru2 ni just untuk wish happy ramadhan. dan.. bukan aku hantar kat dia sorang je. tapi kat sume contact list kat fone aku okay. fullstop!! owh.. tapi kat mamat perasan hero tu aku terlupa nak hantarlah.. maybe die jeles kot? hahhahaha. okay tak lawak!!

memang bukan style aku nak korek2 rahsia peribadi(lelaki) member2 dengan girlfriend dorang ke. normally dorang yg akan buka cerita. so aku just dengar je. xde nak lebih2. as a friend lah. dan.. dia ni.. tak penah pun buka cerita pasal gf die. dan aku sendiri tak tau mamat ni ade gf ke tak. kitorang bersembang perkara yang general. tu pun tak sampai 10 text pun kdg2. dan bukan hari2. sekali sekala je. boleh kira pakai jari.

so?? i cant accept this!!!! without any explanation tiba2 sound aku mcm ni. u hurt my pride!!(mamat yg sound aku tu). bila aku tanya kenapa?? kau terus blaa mcm tu je. what the hell is going on here?? i really hate being treated like this. aku tak boleh terima orang warning aku jgn ganggu bf orang lain sedangkan aku tak buat ape2 pun!

ya Rabbi..

sabar lah ye hati.. biasalah dugaan bulan puasa barangkali.

cuma satu aku nak bagi tau.. sepanjang 22 tahun aku hidup kat bumi Allah ni.. aku tak pernah terdetik kat hati aku ni untuk ambil hak orang(walaupun belum sah pun lagi mereka2 ni jadi suami isteri. poyo mengahlahkn yg dah kawin. even yg dah sah pun). i'm not that type of LADY. i'm not too desperate smpi nak kebas or menggatal dengan lelaki entah mana2. dan.. aku.. cukup anti dengan perempuan2 yang perangai macam ni. so how come aku tergamak buat mcm tu?? memang ada orang sound aku sebelum2 ni.. but u should know that.. perkara tu berlaku sebab aku kena game dengan jantan2 tak guna ni(ur bf lah yg beria nk sound orang).. klu aku tau.. bagi free pun aku tak hinginlah. lepas dah tau mmg aku blaa la. xde nye aku nak beriya mempertahankan lah konon. aku takde selera dgn org macam ni. sorry.. bukan cakap besar or berlagak or ape2 jek lah.. tapi aku ada pendirian aku sendiri.

-berebut lelaki dengan perempuan lain
-bergaduh pasal lelaki dengan perempuan lain
-menggatal menggoda menggedik dengan laki orang/bf orang

that's totally not me!!

ni lah akibat kalau dengar cerita sebelah pihak tanpa usul periksa tiba2 nak serang orang. without ask me 'a thing'

houh!!!!

tak taulah dah kenapa dia jadi mcm tu. entah sapa buat cerita tiba2 bukan si couple ni yg serang. tapi member gua beb yg sound2 bagai. tu yang aku sentap habis. kau sepatutnya tahu aku jenis yg macam mana. tapi sekarang seolah2 mcm tak pernah kenal aku kan? dahlah buat serabut hidup aku sebelum ni. ingat dah insaf. sekali jadi gini pula. seriously.. r u playing with me??

panas la hati ni..

Friday, July 12, 2013

UTM~life~

assalamualaikum..

hurm..

entry kali ni nak cite pasal UTM. kalau orang tanya why UTM?? kenapa tak UiTM?? aku sengih je.. haha.. xtaw nak jawab apa.. kenapa?? haa... sebab ni lah.....

let make it short lah ye..


tak pernah terlintas apatah lagi terdetik(cewahh.. hahahaha) kat hati aku ni akan masuk ke sini. well.. kalau nak tahulah.. dari zaman sekolah dulu cita-cita aku nak continue study kat UniKL(either MIMET/MEAT).  tapi sebab aku tak layak.. masa isi borang UPU dulu lepas SPM.. 1st choice aku memang aku letak UTM dan UPM sebab kat cni je ade kos aero. bagi aku.. kalau tak layak masuk unikl dapat masuk utm or upm pun ok lah. bersyukur sangatlah aku.. tapi malangnya.. Allah tak berkehendakkan begitu.. aku dapat UiTM. agak kecewa gak la masa tu sebab sejujurnya aku memang tak nak. 

nak dipendekkan cerita.. 

----UiTMPP----

aku pergi juga uitm sebab kat penang tu kawan aku ramai.. so aku rasa aku boleh survive kat ctu.. memang lah kan.. kalau hati tak rela apa kita buat pun tak sepenuh hati. masa minggu orientasi tu aku memang tak bagi 100% commitment pun.. (tu yang aku tak da kawan tu). hahhaha.. sapa2 yang nak dekat2 nak kawan2(lelaki la.. pempuan aku ok je) memang respond dari aku annoying gila lah. haha.. sampai sekarang aku ingat. ada satu kisah ni masa tu dah hari akhir minggu orientasi.. so mestilah sume nak bergambar kan.. 
tiba2 datang sorang mamat nih kat aku 

"awak, awak ok tak? awak memang tak bergambar ngan lelaki ke?" 

aku pun geleng kepala je 

"awak, perempuan bergambar dengan lelaki tu memang tak boleh eh?" 

arghhh die tak bla lagi rupanya.. last2 aku reply 

"ehh kalau kau nak sangat bergambar kau pergi la bergambar ngan diorang. jangan kacau aku boleh tak?" 

terus blaa budak tu.. haaaaaa jahat kan aku? hahahha.. tapi serius beb.. bila ingat balik mmg aku rasa aku la manusia paling kejam time tu. budak tu tanya baik2 kot.. haiszzz.. aku jadi hangin sangat masa tu sebab.. dahlah masa tu aku sakit perut gila. dia datang tak kena time. aku sembelit kut time tu!! tak pernah2 aku makan telur rebus sebiji pagi2 buta. dah lah sejuk! aku kan tak pernah duk asrama.. so masa kakak2 tu paksa makan.. aku makan lah. diorang kata kalau tak habis tak boleh keluar dari dewan makan. aku beriya haa telan. skali aku tengok dak2 lain sume buang dalam tong sampah. hampeh tul!! sampai kena amek injection time tu. 

sume aktiviti sepanjang minggu orientasi tu aku buat endah tak endah je.. lagu UiTM pun aku tak nak hafal time tu. sebab lagu tu tajuk die 'UiTM di hatiku'. masa tu uitm mana ada kat hati aku. so masa orang nyanyi aku buat bodo jek lah.. tapi.. masa last day majlis penutup tu.. tiba2 aku rasa sedar sket.. mesti ada sebab kenapa aku ditempatkan kat cni.. mungkin memang rezki aku kat cni.. so dari aku boikot dengan diri sendiri lebih baik aku just enjoy life kat cni.. kan?? then time tu jugak.. dengan tiba2 aku boleh terhafal lak lagu uitm tu dalam masa tak sampai sejam pun! nampak tak? kalau hati ikhlas buat apa pun mudah tapi kalau hati memberontak memang semuanya nampak susah.. 

tapi.. satu masalah aku.. bila aku dah redha dapat masuk uitm.. aku jadi benci lak kat UTM. sebab UTM tak terima aku!! 

so untuk intake degree ni.. kawan2 aku mostly.. boleh katakan.. 90% sume pilih untuk sambung kat uitm shah alam.. aku?? aku memang nak pindah.. aku nak bawak diri sebenarnya.. + memang aku nak sambung aero.. (kali ni aku dah ready). masa aku apply upu aritu.. intenet problem.. so dari 8 choice aku sempat pilih 4 jek. tu pun tak de langsung utm dalam pilihan aku tu. aku cuma letak upm, upnm, utho.. satu lagi tak ingat. sebab aku fikir.. kalau dah memang bukan rezki aku dalam bidang aero aku redha je sambung pure pun takpa.. takdir Allah cakap aku tak berjaya.. ada yang cakap sebab permohonan aku tak lengkap. aku pun satu bengong.. satu dokumen pun aku tak hantar masa apply hari tu.. haha.. then aku wat permohonan.. boleh apply 2 university je.. aku pun letak la 1. UPM 2. UTM 

----UTM----

ahhhaaaa.... result dari UTM la yang paling cepat keluar masa tu sebab IPTA len tak kua lagi result rayuan. dan time tu juga bermulah life aku kat UTM. terkejut gak la time tu. tambah terkejut sebab aku harap mak & abah tak bagi aku pergi tapi tiba2 dorang setuju dan suruh aku terima je. sebenarnya unikl ada offer aku untuk sambung offshore.. happy jangan cakap la.. memang aku melompat2 time tu. dan aku setuju. abah pun kata okay.. tapi mak menentang habis2an. mmg aku meraung2 gak la time tu. tu yang bila dapat kat skudai ni die terus stuju. arghhhhh!!!!! stress 

tapi.. kali ni lebih cool sketlah.. hahahhaha.. aku fikir.. mungkin memang rezki aku agaknya. mungkin dulu time diploma aku dapat kat uitm dan rupanya itulah jalan untuk aku sampai ke utm.. alhamdulillah.. pasal unikl tu.. takpelah.. bukan rezki kut 


tapi!! 

tengah2 aku mulakan langkah aku untuk bina life kat utm ni.. aku dapat satu mesej..... finally!!!!! 

UniKL MEAT panggil aku untuk interview.. paling buat aku excited course yg diorang offer tu memang favourite aku. ya Allah.. kenapa sekarang?? aku tak boleh nak buat apa pun time tu.. takkan aku nk dismiss UTM semata2 untuk kejar cita2 aku? memang banyak urusan nya.. mak ayah aku lagi.. mesti dorang kecewa. sudahnya.. aku biarkan je.. aku dah boleh terima yang memang bukan takdir aku ke situ.. dan.. rupanya.. abah dan mak bangga aku dapat continue kat UTM. paling bangang aku rasa.. sebab aku baru tau rupanya UTM ni antara 5 research university kat Malaysia ni + the best university untuk engineering. wow.. aku baru tau. loser gila. hahahhahahaha.. tapi.. bukan itu yang jadi kayu pengukurnya.. hebat mana pun university tu.. kalau kita sendiri tak make improvement utk diri sendiri.. xde ape pun. nothing. buat rosak nama U lagi adalah.. sbb tu.. aku tak berapa suka kalau kawan2 aku terutamanya nak banding2 antara utm dgn uitm or whatsoeverlah. it just a name okay. dan.. aku pun bekas uitm jugak. so?? any problem with that? dan aku bangga aku lepasan uitm. xde masalah kan??  

dan.. yang dah memang sedia ada di utm dari semester 1 pun.. janganlah bongkak sangat.. (bukan semua ye.. certain) aku kata macam ni cuz memang ada certain 'kids' yang hampeh + bajet gilaa.. menggelabah sangat pun tak baik utk kesihatan okay? dan aku.. memang anti sungguh dengan pattern yg macam ni 

so now.. i'm here.. trying to improve myself.. in every aspect of life.. houh..  

memang lain tempat lain cabarannya.. kalau dulu kat Penang.. cabaran aku hanya untuk lawan dengan diri sendiri.. sebab environment aku sume okay.. dari yg sebaya sampai senior.. semua okay.. semua low profile(tak tahulah kalau ada yang pelik2 ke kan) 

so here.. kat JB.. at first.. aku memang agak shock sket cuz this is first time i'm facing with 'these' kind of people. apa maksud aku 'these'?? 

these:- (bukan semua taw. certain je) 
- certain student yang a bit selfish 
- certain student yang lack of respect towards people 
- certain student yang always thought their self super duper perfecto!! 
- certain student yang merasakan diri mereka dah cukup 'dewasa' walaupun hakikatnya they are soooo childish(dewasa antara mereka je kut) 

dan paling aku pantang!! 

- certain student yang tak tahu nak hormat lecturer!! wow. cool beb!! sorry to say.. 'shit' lah. kalau tak tahu hormat waktu kuliah dalam klas.. setakat pandai je tak guna dik. aku minoriti. memang aku lone ranger. sorang2 je.. so takkan aku tiba2 nak sound2 dorang. "woii tak reti nak hormat lecturer ke?" guess what? confirm2 makan maki la jawabnya. so aku just boleh diam dan bagi pandangan 'slack' jek lah kat sape yang buat tu. dalam hati jangan cakap lah. memang mendidih gila. rasa nak baling je dengan kerusi. aku tak cakap aku baik. aku pun ada masa2nya duk ngumpat gak lecturer(hehe sorry.. nak buat belakang2 sudeh.. janganlah depan2 orang tu(well depan blakang pun tak elok sebenarnya :P). tapi tak taulah kenapa bila orang buat mcm tu depan2 lecturer aku rasa sakit sangat hati ni. hurm.. 

ape pun.. nilah kisah aku di UTM.. dari awal masuk sampai sekarang.. :) konon make it short. dah berjela pun haa.. wakakakaka..  

last but not least.. walau kat mana pun kita berada.. jangan sesekali rasa diri kita lebih dari orang lain. jangan selfish. klu kita pandai means itu kelebihan yang Allah bagi pada kita. dan bergantung pada diri kita apa kita nk buat dengan kelebihan tu? either nak gunakan untuk bantu orang lain or just simpan wat jeruk dalam diri. apa pun tepuk dada tanya hati. daa... 

lake 'view'-- Tasik Ilmu UTM 









salam Ramadhan Al-Mubarak :)

assalamualaikum.. 

huwaaaa lamanya tak menulis.. benda dalam otak ni dah melompat2 minta nak keluar.. tapi tangan ni yang malas nak menaip. hehehehehe.. 

so nak tulis pendek jek.. 



haa.... 1st pict terawikh yang pertama hihihihihi  

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak :) semoga amalan kita diterima Allah SWT. amin.. 


Tuesday, July 02, 2013

Mulianya srikandi Islam~ Rabiah Al-Adawiy


Assalamualaikum..

    Lamanya tak menulis kan.. bukan aku saja tak mau tulis. Cuma hati aku takde untuk tulis apa-apa.
Alhamdulillah.. tak sangka dalam rumah aku.. walaupun tak mewah macam rumah orang lain.. ada banyak mutiara ilmu yang aku tak sedar.. dalam mata aku melilau-lilau kekiri kanan.. terhenti pada satu buku.. “Rabiatul Adawiyah.. Perindu Cinta Abadi”. Aku terkejut sebenarnya.. tak sangka buku ni ada dalam rumah ni.. kenapa baru semalam aku perasan? Memang dah lama aku cari buku ni.. rupanya ada di rumah sendiri.

Tak tahu kenapa tapi hati bagai dipanggil-panggil untuk membaca sampai habis.

Memang.. banyak sangat mutiara hikmah dalamnya..

Dan sekarang.. aku sedar satu perkara.. memang aku sedih hilangnya orang yang aku nanti.. lepastu aku fikir semula..

Kenapa aku sedih? Adakah aku tak redha dengan ujian Tuhan?

Dan.. aku malu sendiri.. rasa malu lepas baca kisah srikandi Islam.. wali Allah yang ini.. tak pernah mengeluh walau macam2 ujian dugaan datang bertimpa-timpa. Ini kan pulak aku manusia biasa yang kalau dibandingkan ujian Allah pada aku dengan dia.. nisbahnya cuma 1:100000 sahaja(tak sampai pun barangkali). Mungkin lebih kecil dari tu aku rasa.. tapi.. kenapa aku yang berkeluh kesah? Menangis2 pada Tuhan yang memiliki segalanya hanya kerana makhluk ciptaanNya yang tak miliki apa-apa pun?

“apakah kau tidak redha dengan ujian yang Allah bagi?”

Rasa nak menangis.. tapi bukan sebab sedih. Sebab rasa malu..

“kalau kita redha dengan sakit yang Allah bagi.. sakit itu sendiri akan reda”

Jam 0607H.. aku dikejutkan dengan satu mesej.. lama aku tenung fone aku. betul ke apa yang aku nampak ni? nama tu? kenapa nama tu? aku mimpi ke?? baru aku sedar.. taklah.. aku tak mimpi.. mesej tu dihantar pada pukul 0458H sebenarnya.. memang aku ada bangun pukul 3 pagi.. dan pukul 4 lebih tu memang aku ada perasan mesej masuk. Cuma hati aku tak terasa tergesa-gesa nak buka.. dan entah kenapa rasa takut. Macam ada sesuatu pada mesej yg masuk tu.

Sebelum solat subuh sementara tunggu turn nak masuk toilet.. aku pun buka mesej tu..

“askum.. hai apa khabar?”

Terhenti sekejap rasa denyut nadi ni.. rasa nya boleh agak kan sapa pengirim mesej tu? paling buat aku sebak.. gambar yang dia guna... profil picture die.. dia dengan bakal tunang dia.. rasa sedih datang balik.. dalam hati.. perlukah aku reply? Apa lagi die mahu? Kenapa tiba-tiba muncul? Dia ada masalah ke? Apa perlu aku buat? Kalau aku tak reply.. aku rasa aku pentingkan diri.. macam mana kalau dia betul2 perlukan kawan masa tu? tak sampai hati pula nak ignore je.. Tapi.. kalau aku reply.. tu bererti aku sengaja biarkan hati aku sedih lagi..

Dalam aku berteka-teki tu.. aku teringat balik..

“kenapa aku mesti rasa sedih dengan ujian ni? Kalau dia tiba-tiba muncul.. tu maksudnya.. dia muncul dengan kehendak Allah. Mungkin Allah nak uji aku lagi. Sama ada aku redha ataupun tidak.”

Cepat-cepat aku capai fone.. aku reply “waalaikumsalam”

Dan.. sampai sekarang.. still no reply dari dia.. mungkin dia tggu 2 jam aku tak reply.. yalah.. aku kan tdo masa tu.. sekarang rutin aku dah normal.. aku tak berjaga malam lagi.. mungkin dia ingat aku masih setia berjaga sampai 2 3 pagi lagi..

Atau.. mungkin salam khabar yang dihulur sekadar buat syarat je? Kebetulan dia terasa nak hantar mesej je..

Apa pun alasannya.. aku tak kesah.. niat aku cuma nak membantu andai die ada masalah. tu je.. 

Kalau aku cakap aku tak sedih langsung.. itu maksudnya aku tipu dan berlagak seolah aku perempuan yang kuat dan hebat.

Memang aku sedih.. dan aku sempat terfikir..

“kenapa kau muncul tiba-tiba? Kenapa Allah munculkan kau lagi? Bukankah aku dah minta supaya kau hilang terus dari ingatan aku.. nama.. muka.. semua aku tak mau ingat.. tapi kenapa Allah munculkan kau lagi? Kenapa?”

Astaghfirullahal’adzim…..

Lancangnya hati berbicara..

Allah lebih tahu apa yang Dia lakukan.. siapalah aku untuk mempersoal itu ini? Tak malu ke aku? Aku diberi peluang hidup pun dah cukup ke aku bersyukur?

semoga Allah ampunkan aku.. dan.. sudilah kiranya terima aku.. 


Jadikan aku hamba yang tahu erti syukur -amin