Hye..
Pernah dengar
tak lagu ni? Sentuhanmu dari kumpulan In-team.
“Oh ayah
Tak pernah
ku tanya di mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah
Tak pernah ku
hitung berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku
pinta hanyalah kemahuan hati ku
Yang sedaya
ayah laksanakan
Kau pendorong
bukanlah pendesak
Apalagi memaksa
diriku
Aku terdorong
bukan terdesak
Apalagi
rasa terdera ”
Abah balik
kerja pukul 1.30am tadi.. tiba-tiba Nampak kat tangan abah ada beg plastik. Dah
pagi-pagi buta ni abah singgah mana? Rupanya abah beli yong tau foo kat depan
taman perumahan ni. Pastu abah pesan tolong kejut dia pukul 3.30am. dia nak gi
kerja kul 4 pagi. Aku pun okay jek lah. Tapi hairan juga sebab mlm tu abah kata
abah tak balik sampai pagi. Mungkin abah malas nak stay kat tempat kerja kut. Yalah
rehat kat rumah lagi selesa. Walaupun 2 jam je. That's my dad :)
So dalam
pukul 3.30 tu aku kejut la abah. Aku kira-kira.. hurm.. nak masak nasi goreng
dan goreng pisang untuk sahur ni. Tapi.. mcm tak sempat jek kalau nak bagi abah
makan. Lastly Cuma sempat buatkan kopi ‘o’ je untuk abah dan yong tau foo yang
abah beli tu. Memang simpan untuk makan sahur pun. Nasib baik lauk semalam ada
lagi. So bagi la abah makan nasi sikit. Yalah.. kerja kan.. at least sesuap
nasi tu perlu. Untuk tenaga. Mak selalu pesan macam tu.
supervisor technician @Airod TUDM Subang |
Tadi masa salam abah waktu abah nak kua rumah tiba-tiba aku rasa sayu sikit. Rasa kesian kat abah. Pagi-pagi buta dah kena keluar pergi kerja. Semalam pun abah balik tidur pakai baju kerja je. Letih sangat agaknya. Kelmarin abah kena outstation ke kuantan. Pastu balik rumah dapat rehat sekejap je.
ayah aku memang suka bergambar :) no wonderlah bakat tu turun kat anak nya. hehehehe :P |
Bila aku
tengok situasi macam ni.. buat aku rasa tak sabar-sabar nak tempuh alam
pekerjaan. Ye! Memang aku tak sabar nak ada income sendiri.. nak pegang duit
sendiri.. supaya.. boleh aku pulak yang sara mak dan abah. Tak payahlah abah
kerja sampai lewat-lewat malam lagi.. aku tak pelah. Aku orang muda. Tenaga banyak
lagi. Dan.. sekarang aku sedar yang.. aku tak salah pilih bidang aku sekarang. Memang
aku nak kerja macam abah. Macam mana aku tengok betapa letihnya abah cari
duit.. aku nak rasa semua tu. Supaya aku tak lupa jasa orang tua aku.
@hotel UiTM during my graduation day ^_^!! |
Semoga Allah permudahkan segalanya.. aku harap sangat aku dapat berbakti kat mak dan abah dan adik beradik aku sebelum aku atau salah sorang dari diorang Allah ambil semula. Amin.
Well..
Raya tahun
ni sama juga macam tahun lepas.. raya pertama abah kena kerja.. memang raya
pertama aidilfitiri dan aidiladha adalah hari yang paling sedih untuk kitorang.
Sebab.. abah kena kerja. So lepas solat sunat hari raya normally kitorang akan
bergambar sesame sendiri. Menggayakan baju raya masing-masing. Itu je cara nak
hiburkan hati sendiri. Kawan2 pun semua sibuk kat kampong. 1 syawal kan..
Tapi..
kitorang tak kisah pun tak dapat beraya 1 syawal. Duk umah je.. kitorang
sendiri pun tak da feel nak kemana-mana. Tak seronok kalau beraya tanpa abah. So..
normally.. raya kedua dan ketiga baru kitorang balik kampung. Tu yang salu tak
clash dengan sedara mara. Jarang dapat jumpa diorang sume. Takpelah. Asalkan dapat
raya bersama-sama keluarga. Cuma.. airmata 1 syawal tu tetap tak boleh buang
la. Hehehehhe.. hurm kesian sebenarnya. Yalah. Orang lain semua seronok2
bergembira. Tapi abah terpaksa lupakan sume tu sekejap. Kita yang tengok rasa
tak sampai hati.. apatah lagi abah. Dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu.
ada gaya mcm pegawai tak?? haa.... ayah aku ni bekas airforce tau. tamat perkhidmatan dengan pangkat PWU1(pegawai warren udara 1). jangan men2.. proud with him!! |
Aku harap..
biarlah cepat masa berlalu. Semoga cita-cita aku untuk jadi powerplant engineer
kat Airod tercapai. Aku kena belajar rajin-rajin. Abah memang tak belajar sampai
university yang hebat2 tapi.. abah boleh sampai ke luar Negara. Belajar kat
luar Negara walaupun hanya berbekalkan SPM je masa tu. Malu lah aku pada abah
kalau aku diberi peluang belajar sampai ijazah tapi tak membanggakan mak dan
abah. Semua abah dah sediakan. Duit makan pakai. Tak cukup duit abah bagi. Tak pernah
lagi abah tak bagi walaupun time tu mungkin abah pun belum gaji dan aku ni adik
beradik ramai. Bukan aku sorang je tanggungan abah. Sebab tu.. kalau aku dapat
keputusan exam teruk.. aku malu. Dan rasa bersalah sebenarnya. Malu kan? Kita ni
ada pelbagai kemudahan tapi malas!!
Aku Cuma tahu
minta dan minta je.. tapi tak pernah aku tanya macam mana abah berusaha nak tunaikan
permintaan anak-anak dia?? I feel bad. Really3 bad actually!!!!
Ya Allah..
jadikanlah aku seorang hamba yang taat padaMu dan taat juga pada kedua orang
tua hamba. Jadikan aku anak yang tahu mengenang jasa ibu dan bapa. Tahu
hormatkan ibu dan bapa. Tahu betapa susahnya nak membesarkan dan bagi didikan
yang sempurna kat kami adik beradik. Supaya kelak.. aku mohon.. andai usia aku
panjang.. semoga anak2 aku pun akan lakukan hal yang sama pada ibu bapa mereka.
Amin.
Inn shaa
Allah.. dengan izin Allah semoga Allah permudahkan urusan pembelajaran aku di
JB dan di mana-mana jek lah. Amin
last.. but not least.. here.. souvenir from me!! introduce to you.. my mom and dad :)
last.. but not least.. here.. souvenir from me!! introduce to you.. my mom and dad :)
No comments:
Post a Comment