Friday, July 12, 2013

UTM~life~

assalamualaikum..

hurm..

entry kali ni nak cite pasal UTM. kalau orang tanya why UTM?? kenapa tak UiTM?? aku sengih je.. haha.. xtaw nak jawab apa.. kenapa?? haa... sebab ni lah.....

let make it short lah ye..


tak pernah terlintas apatah lagi terdetik(cewahh.. hahahaha) kat hati aku ni akan masuk ke sini. well.. kalau nak tahulah.. dari zaman sekolah dulu cita-cita aku nak continue study kat UniKL(either MIMET/MEAT).  tapi sebab aku tak layak.. masa isi borang UPU dulu lepas SPM.. 1st choice aku memang aku letak UTM dan UPM sebab kat cni je ade kos aero. bagi aku.. kalau tak layak masuk unikl dapat masuk utm or upm pun ok lah. bersyukur sangatlah aku.. tapi malangnya.. Allah tak berkehendakkan begitu.. aku dapat UiTM. agak kecewa gak la masa tu sebab sejujurnya aku memang tak nak. 

nak dipendekkan cerita.. 

----UiTMPP----

aku pergi juga uitm sebab kat penang tu kawan aku ramai.. so aku rasa aku boleh survive kat ctu.. memang lah kan.. kalau hati tak rela apa kita buat pun tak sepenuh hati. masa minggu orientasi tu aku memang tak bagi 100% commitment pun.. (tu yang aku tak da kawan tu). hahhaha.. sapa2 yang nak dekat2 nak kawan2(lelaki la.. pempuan aku ok je) memang respond dari aku annoying gila lah. haha.. sampai sekarang aku ingat. ada satu kisah ni masa tu dah hari akhir minggu orientasi.. so mestilah sume nak bergambar kan.. 
tiba2 datang sorang mamat nih kat aku 

"awak, awak ok tak? awak memang tak bergambar ngan lelaki ke?" 

aku pun geleng kepala je 

"awak, perempuan bergambar dengan lelaki tu memang tak boleh eh?" 

arghhh die tak bla lagi rupanya.. last2 aku reply 

"ehh kalau kau nak sangat bergambar kau pergi la bergambar ngan diorang. jangan kacau aku boleh tak?" 

terus blaa budak tu.. haaaaaa jahat kan aku? hahahha.. tapi serius beb.. bila ingat balik mmg aku rasa aku la manusia paling kejam time tu. budak tu tanya baik2 kot.. haiszzz.. aku jadi hangin sangat masa tu sebab.. dahlah masa tu aku sakit perut gila. dia datang tak kena time. aku sembelit kut time tu!! tak pernah2 aku makan telur rebus sebiji pagi2 buta. dah lah sejuk! aku kan tak pernah duk asrama.. so masa kakak2 tu paksa makan.. aku makan lah. diorang kata kalau tak habis tak boleh keluar dari dewan makan. aku beriya haa telan. skali aku tengok dak2 lain sume buang dalam tong sampah. hampeh tul!! sampai kena amek injection time tu. 

sume aktiviti sepanjang minggu orientasi tu aku buat endah tak endah je.. lagu UiTM pun aku tak nak hafal time tu. sebab lagu tu tajuk die 'UiTM di hatiku'. masa tu uitm mana ada kat hati aku. so masa orang nyanyi aku buat bodo jek lah.. tapi.. masa last day majlis penutup tu.. tiba2 aku rasa sedar sket.. mesti ada sebab kenapa aku ditempatkan kat cni.. mungkin memang rezki aku kat cni.. so dari aku boikot dengan diri sendiri lebih baik aku just enjoy life kat cni.. kan?? then time tu jugak.. dengan tiba2 aku boleh terhafal lak lagu uitm tu dalam masa tak sampai sejam pun! nampak tak? kalau hati ikhlas buat apa pun mudah tapi kalau hati memberontak memang semuanya nampak susah.. 

tapi.. satu masalah aku.. bila aku dah redha dapat masuk uitm.. aku jadi benci lak kat UTM. sebab UTM tak terima aku!! 

so untuk intake degree ni.. kawan2 aku mostly.. boleh katakan.. 90% sume pilih untuk sambung kat uitm shah alam.. aku?? aku memang nak pindah.. aku nak bawak diri sebenarnya.. + memang aku nak sambung aero.. (kali ni aku dah ready). masa aku apply upu aritu.. intenet problem.. so dari 8 choice aku sempat pilih 4 jek. tu pun tak de langsung utm dalam pilihan aku tu. aku cuma letak upm, upnm, utho.. satu lagi tak ingat. sebab aku fikir.. kalau dah memang bukan rezki aku dalam bidang aero aku redha je sambung pure pun takpa.. takdir Allah cakap aku tak berjaya.. ada yang cakap sebab permohonan aku tak lengkap. aku pun satu bengong.. satu dokumen pun aku tak hantar masa apply hari tu.. haha.. then aku wat permohonan.. boleh apply 2 university je.. aku pun letak la 1. UPM 2. UTM 

----UTM----

ahhhaaaa.... result dari UTM la yang paling cepat keluar masa tu sebab IPTA len tak kua lagi result rayuan. dan time tu juga bermulah life aku kat UTM. terkejut gak la time tu. tambah terkejut sebab aku harap mak & abah tak bagi aku pergi tapi tiba2 dorang setuju dan suruh aku terima je. sebenarnya unikl ada offer aku untuk sambung offshore.. happy jangan cakap la.. memang aku melompat2 time tu. dan aku setuju. abah pun kata okay.. tapi mak menentang habis2an. mmg aku meraung2 gak la time tu. tu yang bila dapat kat skudai ni die terus stuju. arghhhhh!!!!! stress 

tapi.. kali ni lebih cool sketlah.. hahahhaha.. aku fikir.. mungkin memang rezki aku agaknya. mungkin dulu time diploma aku dapat kat uitm dan rupanya itulah jalan untuk aku sampai ke utm.. alhamdulillah.. pasal unikl tu.. takpelah.. bukan rezki kut 


tapi!! 

tengah2 aku mulakan langkah aku untuk bina life kat utm ni.. aku dapat satu mesej..... finally!!!!! 

UniKL MEAT panggil aku untuk interview.. paling buat aku excited course yg diorang offer tu memang favourite aku. ya Allah.. kenapa sekarang?? aku tak boleh nak buat apa pun time tu.. takkan aku nk dismiss UTM semata2 untuk kejar cita2 aku? memang banyak urusan nya.. mak ayah aku lagi.. mesti dorang kecewa. sudahnya.. aku biarkan je.. aku dah boleh terima yang memang bukan takdir aku ke situ.. dan.. rupanya.. abah dan mak bangga aku dapat continue kat UTM. paling bangang aku rasa.. sebab aku baru tau rupanya UTM ni antara 5 research university kat Malaysia ni + the best university untuk engineering. wow.. aku baru tau. loser gila. hahahhahahaha.. tapi.. bukan itu yang jadi kayu pengukurnya.. hebat mana pun university tu.. kalau kita sendiri tak make improvement utk diri sendiri.. xde ape pun. nothing. buat rosak nama U lagi adalah.. sbb tu.. aku tak berapa suka kalau kawan2 aku terutamanya nak banding2 antara utm dgn uitm or whatsoeverlah. it just a name okay. dan.. aku pun bekas uitm jugak. so?? any problem with that? dan aku bangga aku lepasan uitm. xde masalah kan??  

dan.. yang dah memang sedia ada di utm dari semester 1 pun.. janganlah bongkak sangat.. (bukan semua ye.. certain) aku kata macam ni cuz memang ada certain 'kids' yang hampeh + bajet gilaa.. menggelabah sangat pun tak baik utk kesihatan okay? dan aku.. memang anti sungguh dengan pattern yg macam ni 

so now.. i'm here.. trying to improve myself.. in every aspect of life.. houh..  

memang lain tempat lain cabarannya.. kalau dulu kat Penang.. cabaran aku hanya untuk lawan dengan diri sendiri.. sebab environment aku sume okay.. dari yg sebaya sampai senior.. semua okay.. semua low profile(tak tahulah kalau ada yang pelik2 ke kan) 

so here.. kat JB.. at first.. aku memang agak shock sket cuz this is first time i'm facing with 'these' kind of people. apa maksud aku 'these'?? 

these:- (bukan semua taw. certain je) 
- certain student yang a bit selfish 
- certain student yang lack of respect towards people 
- certain student yang always thought their self super duper perfecto!! 
- certain student yang merasakan diri mereka dah cukup 'dewasa' walaupun hakikatnya they are soooo childish(dewasa antara mereka je kut) 

dan paling aku pantang!! 

- certain student yang tak tahu nak hormat lecturer!! wow. cool beb!! sorry to say.. 'shit' lah. kalau tak tahu hormat waktu kuliah dalam klas.. setakat pandai je tak guna dik. aku minoriti. memang aku lone ranger. sorang2 je.. so takkan aku tiba2 nak sound2 dorang. "woii tak reti nak hormat lecturer ke?" guess what? confirm2 makan maki la jawabnya. so aku just boleh diam dan bagi pandangan 'slack' jek lah kat sape yang buat tu. dalam hati jangan cakap lah. memang mendidih gila. rasa nak baling je dengan kerusi. aku tak cakap aku baik. aku pun ada masa2nya duk ngumpat gak lecturer(hehe sorry.. nak buat belakang2 sudeh.. janganlah depan2 orang tu(well depan blakang pun tak elok sebenarnya :P). tapi tak taulah kenapa bila orang buat mcm tu depan2 lecturer aku rasa sakit sangat hati ni. hurm.. 

ape pun.. nilah kisah aku di UTM.. dari awal masuk sampai sekarang.. :) konon make it short. dah berjela pun haa.. wakakakaka..  

last but not least.. walau kat mana pun kita berada.. jangan sesekali rasa diri kita lebih dari orang lain. jangan selfish. klu kita pandai means itu kelebihan yang Allah bagi pada kita. dan bergantung pada diri kita apa kita nk buat dengan kelebihan tu? either nak gunakan untuk bantu orang lain or just simpan wat jeruk dalam diri. apa pun tepuk dada tanya hati. daa... 

lake 'view'-- Tasik Ilmu UTM 









No comments:

Post a Comment